Damansara Damai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Damansara Damai merupakan kawasan perumahan semi elit terletak di Damansara,Selangor,Malaysia. Ia mempunyai sebanyak 9 kawasan perumahan jenis Pangsapuri iaitu Apartment Impian, Apartment Idaman, Apartment Harmoni, Apartment Bayu,Apartment (Plaza) Suria, Apartment Indah, Apartment Selasih, Kondominium Armani dan Park Avenue. Dua pembangunan terbaru; One Damansara dan Residensi Suasana terletak di tengah-tengah bandar Damansara Damai. Damansara Damai berasal dari tanah suku Temuan dikenali juga sebagai orang asli.

Cara untuk ke Damansara Damai.

• Untuk sampai ke Damansara Damai, anda boleh menaiki bas RapidKL dengan servis jalan PJU 10/1, iaitu salah satu jalan utama di Damansara Damai. Jalan utama ini agak sesak ketika waktu puncak memandangkan kepadatan jumlah penduduk yang tinggi di Damansara Damai. Walaubagaimanapun inisiatif dari PBT iaitu projek jalan sehala bakal mengurangkan kesesakan ini. Projek ini dijangka siap pada penghujung tahun 2024. Damansara Damai juga mempunyai khidmat bas percuma Bas Smart Selangor ke Bandar Utama dan MRT Feeder Bus ke MRT Damansara Damai; projek yang sudah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2023.

Infrastruktur di Damansara Damai.

• Damansara Damai mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur asas seperti klinik, farmasi stesyen minyak Petronas dan Shell, kedai serbaneka 24 jam, KFC, McDonalds, Secret Recipe, Tealive, dan pelbagai kedai makan. Tarikan terbaru pastinya kedai rantaian seperti Subway, Zus Cofee, Mixue, Baskbear dan terkini Family Mart yang baru dibuka awal tahun 2024.

Selain itu terdapat juga pusat beli-belah jalanan Tok Yem's Street Mall dan Terminal Bas Wan Sentral yang menempatkan rangkaian kedai makan seperti Watie Nasi Kerabu, Restoran Mama Utara, Ros Thai, Cendol Hawa, 62 Grill Street Burger dan The Best Tauhu Bergedil in Town; Taugedel.

Masjid Al Muhtaddin ialah masjid utama di Damansara Damai yang menjadi pusat keagamaan penduduk beragama islam di sini selain surau-surau yang terletak di pangsapuri dan kawasan perumahan sekitar.

Damansara Damai menempatkan dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 yang terletak di Jalan PJU 10/1F dan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 di Jalan PJU 10/4C. Selain itu terdapat juga satu sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Damansara Damai 1 yang menghuni sekitar 1500 pelajar.

Dua pasaraya terkenal di Damansara Damai ialah Econsave Damansara Damai yang terletak di tingkat bawah One Condomunium dan Hero Market yang terletak bersebelahan dengan Park Avenue Condominium.